MENURUT USTAZ AZHAR IDRUS
Di bawah adalah antara petikan ucapan ceramah beliau:
"Hukum perempuan pakai wangian adalah harus tetapi kadang-kadang wajib. Wajib bila suami suruh pakai. Kalau tidak pakai apabila suami suruh pakai berdosa. Kalau suami tidak suruh pakai, sunat pakai minyak wangi di rumah. Haram jika pakai minyak wangi untuk berjumpa orang lelaki lain atau lelaki lain bukan suaminya. Haram pakai minyak wangi kerana orang lain." Selain itu, Ustaz juga mencadangkan membeli minyak wangi yang sedap, "Beli la minyak wangi yang sedap-sedap sikit, beli yang harga RM300 baki balik duit 10 sen cam Christian Dior, banyakkan yang wangi-wangi,Poison, kalau tidak Bigon pun boleh", ujar Ustaz sambil berseloroh.
Beliau menekankan sekali lagi "Kalau suami suruh pakai minyak wangi di rumah, jika tidak pakai berdosa. Jika suami tidak suruh pakai, sunat. Jika nak pakai minyak wangi keluar rumah boleh tapi pakai minyak wangi yang bila kita hidu baru berbau. Jangan pakai minyak wangi apabila kita lalu habis orang-orang lelaki memusing kat kita, tidak boleh, haram. Sebab apa, sebab Islam menjaga hak kita sebagai isteri kepada suami kita. Islam tidak mahu kita rosak dan kita hanya untuk suami kita".
Oleh itu, matlamat kami di FM adalah menjual perfume kepada para para isteri supaya berwangian wangian apabila bersama suami. Jika perlu pakai minyak wangi keluar dari rumah, hendaklah memakai setakat yang kita hidu baru berbau seperti ceramah oleh Ustaz Azhar Idrus.
No comments:
Post a Comment