Followers

Tuesday, 18 June 2013

FAKTA ISI KANDUNGAN DALAM PERFUME KITA..

Pernahkah anda tahu terdapat perbezaan kandungan perfume di dalam botolperfume yang dijual di pasaran samada yang dibeli di shopping complexs, pasar tani, pasar malam atau mana-mana kedai yang menjual perfumes? Berbagai jenisperfume boleh kita jumpai dari jenis yang murah hingga yang berjenama mahal harganya. Fakta umum berkaitan perfumes:-

Parfum 16% - 30% (Average 20%)

Parfum mempunyai peratus kandungan perfume antara 16% hingga 30%. Kebiasaannya kandungan perfume dalam Parfum adalah dalam purata 20%. Parfum mempunyai aroma/bau yang amat kuat dan merupakan fragrances yang paling mahal sekali dalam pasaran. Lazimnya, aroma Parfum akan bertahan lebih lama antara 6 hingga 8 jam bergantung kepada jenis kulit.

Eau de Parfum (8% - 16%)

Dikenali sebagai EDP aromanya kurang berbanding Parfum. EDP mengandungi sebanyak 8% hingga 15% kepekatan dan harga perfume lebih murah tetapi kesan aroma/baunya masih boleh bertahan lama di antara 3 hingga 5 jam.

Eau de Toilette (5% - 8%)

Dikenali sebagai EDT merupakan perfume yang biasa dan paling banyak dijual di kedai runcit/retail stores. Kandungan EDT mengandungi 5% hingga 8% intipatiperfume. Aroma/bau EDT boleh bertahan di antara 2 hingga 4 jam sahaja.

Eau de Cologne (3% - 5%)

EDC adalah produk yang paling rendah kandungan perfume. Kebanyakan pasaran EDC bertumpu kepada kaum lelaki sebagai alternatif perfume yang paling murah. Bau perfume EDC tidak bertahan lama hanya sehingga 2 jam sahaja.

No comments:

Post a Comment